Sabtu, 28 Januari 2012

KITA TIDAK PERLU IKUT CARA ORANG CINA BERNIAGA

Sebagai seorang yang menganut agama Islam, kita mempunya contoh yang terbaik yang sepatutnya kita teladani dalam menjalankan perniagaan iaitu Rasullullah SAW. 

Keuntungan Adalah Matlamat Ke-2

Seseorang peniaga muslim itu, sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan.

Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga-peniaga muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)

Berniaga Mengikut Sunnah Nabi

Perniagaan mengikut sunnah junjungan besar Rasullullah SAW adalah perkara yang perlu diikuti oleh kita semua sebagai seorang peniaga muslim. Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan baginda SAW sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Nabi Muhammad.

Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.” Kisah ini saya petik daripada buku “Cerita Motivasi Untuk Pemimpin” keluaran PTS.

Saya terkenang kembali kata-kata seorang tokoh perniagaan yang berjaya ketika beliau menyampaikan syarahan berkenaan perniagaan beliau, dan salah satu perkara yang dinyatakan oleh beliau berkait dengan teknik Rasulullah berniaga.

Ketika baginda berniaga, baginda menyatakan harga modal yang diperoleh kepada bakal pembeli. Kemudian, baginda menyatakan pula harga jual kepada bakal pelanggan tersebut. Ini merupakan satu contoh perlakuan terpuji Rasulullah yang perlu kita ikuti ketika hendak berniaga.

“Dari Anas Radiallahuanhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya”.(Riwayat Al-Imam As-Suyuti)

Berkata Benar dan Berlaku Jujur

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Ketika kita berbnicang mengenai perniagaan seorang muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.

Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.

“Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.

“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad. Kemudian baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

Buka Ruang Pada Pandangan Serta Kritikan Yang Membina

Walaupun kritikan daripada pelanggan adalah seperti “pil pahit” yang harus ditelan, setiap peniaga muslim harus ingat bahawa yang pahit itu tidak semestinya racun, manakala manis tidak semestinya penawar. Banyak benar contoh yang boleh mengaitkan penawar itu dengan sifat ‘pahit sedikit’.

Kritikan yang berasas dan membina merupakan keperluan dalam perniagaan yang kadang-kadang tidak dipandang oleh peniaga Muslim. Mereka menganggap kritikan itu lebih membawa keburukan kepada perniagaan mereka. Sebenarnya mereka tersilap. Dengan kritikan yang membina itu, seorang usahawan itu bukan sahaja boleh bertahan lebih lama, bahkan mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau ke medan yang lebih luas.

Sasarkan Matlamat Yang Lebih Tinggi

Usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama. Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga telah dilaksanakan.

Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap. Sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi menerangkan hal ini, kita semak kembali apa yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

Bekerjasama Dengan Muslim Lain Dalam Pasaran Anda

Ini mungkin perkara yang sangat sulit bagi sesetengah usahawan. Saling tunjuk menunjuk, tuduhan demi tuduhan dan teknik menikam dari belakang sering menjadi pilihan sesetengah muslim yang memasarkan produk yang sama dengan pesaingnya. Tapi ini sama sekali bukan etika ekonomi seorang muslim harus bekerja.

Persaudaraan dalam umat tidak wajar dilupakan. Pertimbangkan untuk membentuk sebuah kesatuan usahawan Muslim yang terdiri daripada peruncit atau pengedar serta boleh sama-sama berkongsi pengalaman, dan belajar untuk bekerja sama. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan dapat menguntungkan pengguna Muslim itu sendiri, dan akhirnya menguntungkan perniagaan Muslim sendiri.

Jangan Menjual Benda-Benda Haram

Harta yang halal membawa keberkatan dalam hidup. Ini merupakan ungkapan yang boleh digunakan untuk menjelaskan tip terakhir ini.

Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah Subhanahu Wata’ala dan dimasukkan ke dalam api neraka.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : “Dari Khaula Al-Ansariah Radiallahuanha ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Semuga kita semua mendapat keberkatan di dunia dan akhirat…InsyaAllah..

Jumaat, 20 Januari 2012

JUTAWAN MELAYU 2



TAN SRI AZMAN HASHIM, 68
ASET RM2.87 BILION
ARAB-MALAYSIAN CORPORATION BHD

Tan Sri Azman Hashim, satu nama besar industri perbankan dan pengerusi AmBank Group, adalah seorang yang tidak mudah diperlekehkan. Ketika berusia 14 tahun, beliau menamatkan Senior Cambridge di Methodist Boy’s School di Sentul, Kuala Lumpur.

Pemegang biasiswa Yayasan Colombo itu kemudian melanjutkan pelajaran ke Australia dan pulang sebagai akauntan bertauliah sebelum umurnya mencecah 21 tahun.

Pada mac 1988, ketika beberapa buah bank mengasak dan memaksa Datuk Syed Kechik Syed Mohamed menjual Temerloh Rubber Estates Bhd sebagai jalan melunaskan hutangnya, Azman menyelamatkan keadaan dan mengambilalih firma itu dan menjadi syarikat induknya. Dengan membuat tawaran kukuh dan munasabah, disamping yakin apa yang dibuatnya, beliau memohon tempoh seminggu kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing sebelum memenangi bida ke atas firma tersebut.

Lahir di Kuala Lumpur, beliau adalah yang pertama dikalangan 13 adik beradik yang Berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Bapanya seorang pembantu pejabat di Lembaga Letrik Negara ( LLN ) ketika itu dan ibunya, seorang guru, adalah ibubapa yang mengawal ketat anak mereka, terutama di bidang pelajaran.

Seorang yang “tak tau duduk diam”, Azman sering mencari seseuatu yang mencabar dalam kerjayanya setiap kali beliau merasa bosan atau menganggapnya sebagai terlalu “rutin”.

Dia mudah gelisah selepas empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudian meletak jawatan untuk membentuk firma perakaunan Azman and Co. Pada 1964. Pada waktu itu, perakaunan adalah bidang yang amat baru dan tidak aramai pengamalnya.

Tanggapan umum waktu itu ialah, sijil perakaunan dari Australia adalah kelas dua. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan mahu membuktikan tanggapan itu salah” kata beliau.”tahun-tahun awalnya memanglah sukar tetapi tanpa saya sedari, ia memang menyeronokkan.”

Dengan reputasinya sejak bertugas di BNM, perniagaannya mula meningkat. Menjelang 1970, firmanya ditukar nama kepada Azman Wong Salleh & Co makin kukuh, membabitkan empat rakan kongsi dan lebih 100 pekerja. Azman pula sudah memikirkan perkara yang lain.

Kerana itu, apabila ditawarkan jawatan ketua pegawai eksekutif Malayan Banking Bhd ( Maybank) yang menhgadapi beberapa masalah ketika itu, azman serta merta menjual kepentingannya dalam firma perakaunan berkenaan dan menjadi ahli bank sepenuh masa walaupun langkah tersebut mengurangkan pendapatan bulanannya sebanyak 50 peratus.

Sepanjang 10 tahun bersama Maybank, beliau Berjaya membuka rangkaian bank yang terbesar di Asia Tenggara, memperkenalkan system perkomputeran dan akhirnya mengasaskan apa yang kini menjadi bank yang terbesar di Malaysia. Pada awal 1970an, beliau mula mengumpul kekayaan menerusi sector hartanah dan pulangan pelaburan di bursa saham yang ketika itu melonjak naik.

Pada waktu itu juga, beliau menggangotai lembaga pengarah banyak syarikat dan terbabit dengan penubuhan Pernas International Bhd. Pada 1980, beliau mengambil kesempatan dengan member satu blok saham Kwong Yik Bank Bhd tetapi meletak jawatan kerana tidak mahu menjadi pemegang saham minority bank berkenaan.

Oleh kerana dirasuk oleh demam keusahawanannya, beliau mula embeli satu persatu kepentinagnfirma besar. Pada 1982, beliau membeli 40 peratus saham Taiping TEXTILES (kini AMDB Bhd) dan 100 ekuiti Arab-Malaysia Development Bank Bhd ( kini AmMerchant Bank Bhd).

“Taiping Textiles akan kekal dalam kenangan” Azman pernah berkata. “itulah pendedahan awal saya di dunia korporat.”

Sebagaimana kata pengarang buku Ethnicity and the Malaysian Economy, James Jusudason: “Azman sebenarnya kurang berminat dengan tekstile tetapi menggunakannya sebagai asas korporat untuk mengumpul kekayaan.”

Hari ini empayar Tan Sri Azman Hashim di bawah firma terbitan awam Arab-Malaysia Corporation Bhd meliputi kewangan, hartanah, pembuatan dan penyiaran, dengan beberapa syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Pada Februari 2003, beliau disenaraikan oleh Malaysian Business sebagai usahawan ke 19 daripada 40 orang paling kaya di Negara ini dengan anggaran ast bernilai RM543.6 juta. Di satu segi, beliau bolehlah dianggap sebagai seorang yang Berjaya. Bagi kebanyakan orang, jutawansepertinya harus berehat, makan angin dan bersenang lenang.

Tetapi bagi Azman, beliau sukakan cabaran di bidang itu. “Ini bukan soal wang, kalaunak ikutkan, dah lama saya bersara.” Katanya. “selepas dapat satu atau dua juta ringgit, memanglah dah cukup.”

“usahawan adalah orang yang cukup optimistic. Kita akan sentiasa rasa tercabar untuk mencuba benda yang lebih susah. Makin besar sesuatu cabaran, makin kuatlah kita berusaha. Saya akan cuba mendapatkan apa yang diidamkan. Saya tidak boleh berfikiran tertutup.”

Apa yang dikecap memang ada inak durinya. Disamping terselamat daripada nahas jalan raya pada 1989, beliau turut mengharungi dua detik getir, salah satu daripadanya hampir memusnah empayarnya.

Yang pertama berlaku pada pertengahan 1980an. “Ia betul-betul sukar,” katanya. Saya memang tidak pernah menghadapi kemelesetan seperti itu.” Berikutan pembelian dan pembesaran Taiping Textiles dan Arab_malaysia Development Bank ketika itu, beliau memikul hutang yang amat besar. Pada ketika itu penganalisis menganggarkan hutangnya menjangkau di antara RM350 dan RM400 juta.

Ibu pejabat Arab-Malaysian juga dibuka di Kuala Lumpur ketika itu. Untuk menarik minat penyewa, beliau terpaksa menawarkan sewa serendah RM1.50 sekaki persegi berbanding RM5, disamping tiga bulan sewa percuma.

Beliau bagaimanapun Berjaya keluar dari kemelut kewangan itu dan menerajui perniagaannya menjadi antara kumpulan perbankan terunggul di Malaysia. Begitupun, beliau sering terkenang detik, lebih-lebih lagi tentang ‘bank yang suka mengutip hutang; daripada membantu pelanggangnya.

“Ketika poket kita baik, ramai yang dating menawarkan pinjaman,” katanya. “Nasib baik ketika itu, ada bank yang memahami masalah saya.”

Kira-kira sedekad kemudian, Azman dan kumpulannya terjebak dangan satu lagi masalah- krisis ekonomi Asia 1997. “kita sedang ditimpa masalah,”katanya ketika itu. “Kita masih mencatat keuntungan, tetapi keuntungan ini akan berkeurangan.”

Kemerosotan pasaran hartanah, peningkatan hutang tidak berbayar dan hutang lain turut menggoncang kumpulan perbankan beliau. Ujian paling besar ialah apabila firmanya hampir diserapkan di bawah Affin Holding Group mengikut program penggabungan Bank Negara. Tetapi apabila jumlah kumpulan bank induk ditambah daripada 6 kepada 10, kumpulan beliau kembali cergas.

Beliau terus merangka penubuhan kumpulan kewangan terbesar di Malaysia berikutan penggabungan MBf Finance dengan Arab-Malaysian Finance Bhd, kini dikenali sebagai AMFB Holding Bhd.

Sebagaimana sifatnya, Azman tidak akan menyerah kalah kepada cabaran demikian. “Saya tak bertolak ansur dengan kegagalan. Cuba tunjukkan saya bank mana yang tidak dibebani masalah hutang dan saya akan tunjukkan pula sebuah institusi yang langsung tidak mengamalkan kaedah perbankan.”

Pada Jun 2002, beliau mengilhamkan nama baru – AmBank Group- dan warna korporatnya yang baru; merah yang melambangkan kekayaan dan kuning keemasan yang menunjukkan kesungguhan dan kesepakatan, bagi memulakan eara baru korporatnya.

Sebagaimana kata seorang ahli bank asing: “Kumpulan perbankan Azman Berjaya keluar dari kemelut dan kini muncul sebagai kumpulan yang terus disegani”. Kejayaan AmBank Group banyak dikaitkan dengan kebijaksanaan dan ketetapan keputusan yang dibuatnya.

“Azman mempunyai kemampuan mengenal pasti sesuatu perkara dengan cepat.” Kata Patrick Low, bekas pengarah eksekutif AHB. “ Bank banyak membabitkan perjanjian dan urusan diatas kertas. Sebab itulah beliau sering menghadap kertas yang bertimbun, tetapi beliau mampu mengatasinya.”

Cirri-ciri ini ialah satu keperluan bagi Azman dalam sifatnya pengurus yang meneliti semua dokumen, daripada pinjaman korporat sehinggalah wang untuk maksud derma. “Saya percaya dengan keputusan yang cepat dan tepat” katanya. “Jika kita bertangguh, semuanya terjejas kerana akhirnya akan kembali ke meja saya. Sebab itulah pelanggan mendapat jawapan secepat mungkin. Ini menjadikan kita cekap. Sebarang cadangan dan buah fikiran baru dapat diketengahkan dan dilaksanakan secepat mungkin. Kami seboleh-bolehnya ingin mengurangkan karenah birokrasi dalam urusniaga.”

Azman sering ‘meneropong’ pekerjanya sehinngga ke peringkat paling bawah. “Beliau amat teliti dengan kewangan. Setiap kali kami membuat sesuatu, kami cuba menjimatkan kos dan meningkatkan mutu,” kata seorang pekerjanya.

Disamping Arab-Malaysia, Azman juga terbabit dengan banyak lagi syarikat dan pertubuhan, antaranya Malaysian South-South Corporation Bhd, MCM Technologies Bhd, Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn Bhd, Persatuan Bank- Bank Saudagar Malaysia, Perbadanan Pengeluaran Negara, Pasific Basin Economic Council Malaysia, Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysian-British dan Malaysia – China Business Council, Asean-Japan Business Meeting dan Malaysia Endurance Riding Society.

Menjadi ahli Umno sejak 35 tahun lalu, beliau pernah menjadi Pengerusi Pemuda Kampung Baru pada tahun 60an dan bendahari Umno Selangor pada 1970an.

Beliau pernah menerima pelbagai pengiktirafan tempatan dan antarabangsa, anataranya anugerah Asia’s Banker of the ear oleh Asean Business Forum dan Manager of the Year 1995 oleh Harvard Business School Alumni Club, Malaysia.

Walaupun sentiasa sibuk, bapa kepada lima anak ini tahu cara untuk berehat. “Kita perlu meluangkan masa untuk hobi kita...ini penting,” katanya. “Kerja memang sentiasa menunggu, jadi kita harus pandai mengimbanginya.”

(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)

Khamis, 19 Januari 2012

JUTAWAN MELAYU 1

Jutawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary adalah seorang yang perahsia. Jarang sekali, beliau ingin berkongsi kisah peribadinya dan lebih banyak tersenyum dan memerhati.

Mokhtar merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951, beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

Latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

  • Umur – 62 tahun(sekarang)
  • Pendidikan – SPM
  • Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat.
  • Kereta – Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
  • Bagaimana sumbangan sosialnya bermula – Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

50 Perkara Dari Tan Sri  Syed Mokhtar Al-Bukhary

  1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
  2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
  3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
  4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
  5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
  6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
  7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
  8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
  9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
  10. 10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
  11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
  12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
  13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
  14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
  15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
  16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
  17. 17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
  18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
  19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
  20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
  21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
  22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
  23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
  24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
  25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
  26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
  27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
  28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
  29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .
  30. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
  31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
  32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
  33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
  34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
  35. 35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
  36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
  37.  Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
  38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
  39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
  40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
  41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
  42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
  43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
  44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
  45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
  46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
  47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
  48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
  49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
  50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


Diharap perkara ini dapat menjadi renungan untuk kita semua.
What U give, U get back.