Rabu, 21 Mac 2012
KEBEBASAN KEWANGAN
Bagi kebanyakan orang(orang biasa), kebebasan kewangan hanyalah hayalan semata-mata. Sesuailah teori 20/80 iaitu 20% orang luar biasa yang menguasai 80% orang biasa dan kehidupan yang senang lenang hanyalah wujud di dalam filem bagi mereka.
Kita sentiasa kesempitan wang. Malahan, sebelum cukup bulan, wang kita sudah habis dibelanjakan. Hidup kita hanya untuk melangsaikan hutang yang datang bertubi-tubi dan silih berganti. Walaupun kadang-kala usaha diambil untuk membaiki keadaan, kita terjebak semula dengan hutang yang baru.
Formula kebebasan kewangan seperti gambar rajah di atas cukup lengkap, mudah dan kita semua mungkin telah mengetahuinya sejak dari dulu lagi. Tetapi untuk melaksanakan formula di atas bukannya mudah, kerana terdapat berbagai halangan yang merintangi setiap usaha kearah itu dan ianya tidak semudah kita mencari dan mendapatkan formula atau rahsia tersebut.
Halangan utama ialah, kita tidak mempunya matlamat yang jelas dalam merancang kewangan kita. Kita sering membiarkan takdir menentukan segalanya tanpa kita membuat perancangan yang tersusun atau dalam erti kata lain, kita hanya pandai berangan-angan sahaja. Sikap kita yang suka hidup tidak mengikut kemampuan. Kita sering terpengaruh untuk membelanjakan pendapatan bulanan kita dengan perkara-perkara dan barangan yang tidak perlu atau yang bukan menjadi keutamaan semasa, lalu menjerumuskan kita kearah berbelanja melebih pendapatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan "hidup mengikut kemampuan"?. Hidup mengikut kemampuan melibatkan beberapa perkara,
Prertama: walau sebanyak manapun gaji dan wang yang masuk setiap bulan, kita hendaklah berbelanja kurang daripadanya,
Kedua: belilah barang yang kita benar-benar mampu dan perlu, yang tidak melebihi jumlah pendapatan kita,
Ketiga: kita perlu menerima hakikat bahawa ada benda yang tidak mampu kita miliki.
Hidup mengikut kemampuan bukan sahaja dapat membantu kita agar tidak dibebani masalah kewangan malahan ia juga penting untuk kebahagian.
Ada dua cara untuk menjadi kaya dan bahagia, salah satu cara adalah dengan memiliki harta yang banyak. Satu cara lagi adalah tidak mempunyai kehendak yang banyak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan